Anonymous
4 tahun
Sakit tekak ketika menelan air liur
saya wanita berumur 18 tahun, nak dekat 3 minggu saya mengalami sakit tekak. pada mulanya saya igt saya akan batuk kahak sebab selalunya saya akan sakit tekak sebelum mendapat penyakit itu. tetapi sudah 3 minggu dan saya masih sakit tekak tapi kalini sakit ketika saya menelan air liur , masa makan tak rasa sakit tetapi masa telan air liur sahaja. agak membimbangkan sebab tak oernah berlanjutan sehingga 2 minggu …
dalam tempoh saya sakit tekak ini saya ada batuk batuk dan keluarkan kahak sedikit. skrg batuk dh takde cuma still ada rasa kahak sedikit. apa penyakit yg saya dpt skrg ni ye doctor? dan ada ubat/rawatan utk ini?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak ketika menelan air liur mahupun makanan disertakan dengan gejala demam dan batuk boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Radang tonsil
- Radang dan bengkak nod limfa ditekak
- Jangkitan ditekak (bakteria/virus)
- Alahan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.