
Sulit
3 tahun
Sakit tekak lebih 3 minggu
Saya mengalami sakit tekak tetapi tiada batuk,selesema dan demam…Sesak nafas pun tiada…Cuma bila minum air suam,saya sering sendawa…Adakah masalah saya ini serius doktor??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pernafasan ialah aliran udara yang melepasi paru-paru kita. Angin yang masuk tidak akan mempunyai suhu yang sama dengan yang keluar. Apabila angin melepasi paru-paru, ia akan mengikut suhu badan. Maka, normal untuk pernafasan panas daripada biasa. Namun, jika anda merasakan anda demam, anda harus memeriksa suhu badan dengan menggunakan termometer. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
dehidrasi
Postnasal drip
Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
Refluks asid dari perut
Radang tonsil
Mononucleosis
Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.