Sulit
3 tahun
Sakit tekak, sakit tersebut seperti mencucuk sehingga menyebabkan saya sukar untuk menelan sesuatu,
Hi dr, saya norain dari putrajaya, saya akan ke langkawi pada 30hb mac ni, menaiki flight perlu ke saya untuk lakukan swab test, saya akan naik dari klia, perlu ke untuk saya buat swab test.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil (Bergantung pada individu, 2-4 minggu)
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Mengenai swab test, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada syarikat penerbangan dan lapangan terbang mengenai keperluan swab test.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.