Sulit
3 tahun
Sakit tekak tapi tidak demam
Saya wanita berumur 30 tahun. Sebelum ini, saya kerap berasa sejuk hingga menggigil tiba-tiba pada waktu malam terutama selepas bersalin anak kedua pada Ogos tahun lalu. Semenjak beberapa hari yang lalu, saya rasa tidak selesa pada tekak dan badan rasa sejuk walaupun kadang-kadang saya berpeluh. Saya kerap berfikir dan berasa takut dengan jangkitan covid 19 sehingga kadang-kadang saya rasa jantung berdebar. Sekarang, saya berasa risau dengan simptom yang ada tetapi saya tidak mempunyai kontak rapat pesakit covid 19 mahupun pergi ke tempat berisiko. Saya telah mengambil penilaian risiko dan ia menyatakan risiko adalah minima. Tetapi saya tetap berasa risau. Adakah saya tergolong dalam simptom jangkitan covid 19 dan perlu swab atau bolehkah saya berjumpa doktor di mana-mana klinik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Sila menghubungi klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Individu yang perlu melakukan ujian saringan adalah individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit POSITIF Covid-19 serta individu yang mempunyai gejala jangkitan ini. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini