
almanderchot
5 tahun
Sakit tekak tidak menentu masa
saya lelaki 27tahun,kadang2 saya mengalami sakit tekak pada masa yang tidak menentu.setakat ini makan dan minum tidak rasa sakit ketika menelan,saya perokokdan bila saya kurangkan merokok dan banyak minum air suam,tekak rasa ok pulak.adakah rokok punca saya sakit tekak disamping cuaca yg panas?TQ DOCTOR

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Sekiranya sakit tekak tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih. Jawapan ini ialah keterangan am.