
mffmk77
4 tahun
Sakit tulang rusuk kiri dan elergi ubat ibuprofen
salam doktor,
saya mengalami sakit tulang rusuk, sakitnya di di bahagian depan rusuk sebelah kiri, rasa sakit bila di sentuh di kawasan dada kiri dan sakit seperti di cucuk yang kejap timbul dan hilang sakitnya. saya juga ada rasa seperti menyucuk-yucuk di bahagian belakang kiri.
tapi dlm pada masa yang sama saya tidak merasai sakit bila menahan nafas atau mengalami sesak nafas.
saya kemudian mengambil ubat ibuprofen dan mengkosuminya berterusan selama 2 hari. (4biji)
dan pada masa tu saya telah mendapati terdapat ruam atau seperti gegata yang timbul tapi takda cecair di sekitar dada berhampiran puting dada.
mulanya hanya rasa gatal biasa-biasa. Masuk hari ke-3 mengambil ibuprofen, ada tambahan gegata yang di maksudkan tetapi tidaklah teruk dan tidak terasa gatal sangat.
kemudian saya di maklumkan oleh ahli keluarga saya bahwa gegata yang di maksudkan itu adalah kayap.
soalan saya, adakah saya mengalami elergi dari ibuprofen atau sememangnya gegata yang dimaksudkan adalah kayap?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ruam yang pedih dan gatal pada dada kiri anda boleh disebabkan:
- Kayap
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat/kurap
- Jangkitan kulit (cellulitis)
- Alahan ubat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.