
Sulit
4 tahun
Sakit urat dan angin
saya ingin dapatkan ubat untuk mak saya yang selalu sakit urat di pinggang dan angin. dia tidak selera makan. apa ubat yang sesuai untuk mak saya yang berumur 71 thun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan ibu anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit pada bahagian pinggang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Kerapuhan tulang- osteoporosis
- kerapuhan tulang belakang- spondylosis
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang - menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan angin badan adalah:
- Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
- Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan.
- Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
- Kurangkan pengambilan gula
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang tepat untuk masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat sekiranya gejala tersebut berlarutan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!