
Sulit
5 tahun
Sakit yang melampau
Saya gadis berusia 19 tahun . Saya mempunyai masalah yang membimbangkan saya . Ketika bulan puasa 2019 selama sebulan saya berak berdarah . Sejak dari itu hingga la sekarang saya kerap berak berdarah walaupun najis saya lembik . Semenjak 2 hari ini . Darah menjadi seperti ketulan dan semakin banyak . Apabila semakin banyak perut saya akan merasa begitu sakit . Saya telah merujuk kepada doktor swasta dan doktor kerajaan tapi masih sama . Perut dibelah kiri saya sentiasa sakit apabila darah keluar . Apakah penyebab nya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, najis berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.