
Sulit
3 tahun
Sakit yang teramat sangat bahagia perut
Saya wanita lingkungan 30an. Sy sebelum ini dah ada masalah urien asid yg sngat teruk… pernah satu tahap ia membuat satu badan sy pucat hampir kebiru biruan… 2 ari ni bila sy buang ari kecil ia sngt2 sakit seperti biasa sy akan cari ural dia mana farmasi utk ilang kan rasa sakit sewaktu buang air… tapi sekarang sy rasa sakit dibahagian kiri berhampir peranankan sy bila sy berjalan berlaku gegaran di bahagian perut… ia nya teramat2 sakit sekarang ni rasa tak selesa nak muntah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui maklumat yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit pada bahagian perut berdekatan dengan peranakan dan sakit ketika membuang air kecil. Kami memahami kebimbangan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Sindrom premenstruasi
- Iritasi pada bahagian kemaluan dan sekitarnya
- Keracunan makanan
- Sembelit
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Penyakit kelamin berjangkit / STD
- Penyakit radang pelvis
- Endometriosis
- cyst ovari
- fibroid rahim
- kanser ovari
- kanser pangkal rahim
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.