
Sulit
4 tahun
Salah makan ubat perancang
Saya ema ada makan ubat perancang yasmin… Tapi dah tersalah makan ikut arrow ubat tu… Septto nya ikut pada anak panah tapi saya xikut… Adakah akan myebabkan saya akan mgandung??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21-28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda berkonsultasi dengan doktor atau pusat perubatan anda untuk mendapatkan informasi pemakaian yang lebih khusus tentang pil perancangan yang terbaik buat anda sekeluarga.
Tambahan lagi, sekiranya anda baru sahaja menggunakan pil perancang, sebaiknya gunakan kaedah perancang tambahan sehingga anda telah mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.