
Sulit
4 tahun
Saringan HIV dan air kencing
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan PLHIV dan berstatus undetected. Saya mengambil dua jenis ubat HAART, iaitu combivir dan efiverenz. Setahu saya efiverenz itu mempunyai kandungan dadah, tetapi tidak menjejaskan prestasi kerja saya sekarang.
Soalan saya:
Jika saya menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan untuk proses permohonan kerja di tempat baru dan perlu menjalani pemeriksaan air kencing; adakah kesan dari ubat HAART yang saya ambil akan mempengaruhi keputusan air kencing tersebut?
Adakah perlu saya memaklumkan kepada pihak hospital/klinik tempat saya menjalani ujian tersebut yang saya sedang mengambil ubat HAART?
Adakah kesan daripada ujian air kencing tersebut dan didapati positif dadah disebabkan pengambilan ubat HAART menyebabkan saya tidak dapat kerja berkenaan?
Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tersebut tidak akan mempengaruhi keputusan air kencing tersebut.
Anda perlu memaklumkan kepada pihak hospital/klinik tersebut tentang diagnosis anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.