
Sulit
4 tahun
Saringan pertama kemungkinan positif
saya wanita berumur 26 tahun…saya mengalami demam panas…sakit belakang dan sakit kepala pada jumaat lepas dan telah pergi ke klinik…doc menasihatkan untuk datang kembali pada ahad untuk mengambil darah sekiranya sakit tidak berkurangan…tp saya tidak pergi kerana merasa diri sudah lebih baik dari sebelumnya…demam on off disebabkan sy merasa tekak sy agak perih dan telah pulih dua hari lepas …semalam saya telah membuat saringan dan doc memberi keputusan kemungkinan positif dan meminta saya untuk datang kembali untuk membuat swab test kali kdua…saya ingin tahu…kemungkinan yg diberikan oleh doc tersebut adakah sy suspek or memang confirm positif ? doc menyarankan untuk kami sekeluarga kuarantin dirumah selama 10 hari

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19. Namun yang jelas adalah lebih baik anda menerima dan akur kepada saranan yang diberikan oleh pihak klinik kerana mereka mempunyai sarana dan pengalaman yang lebih terkemuka dalam mendepani peningkatan kes COVID-19 saat ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Walau bagaimanapun simptom-simptom tersebut secara umumnya boleh berlaku setelah 14 hari dari terpapar dengan jangkitan COVID-19. Selain itu, terdapat juga apa yang dinamakan kes tidak bergejala, dimana seseorang individu yang boleh menyebarkan virus, tidak mempunyai gejala sama sekali dan tidak diketahui oleh mana-mana pihak, sehingga di lakukan saringan.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah dan patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM. Pastikan penjarak dan SOP turut berlaku walaupun di rumah, sehingga hasil ujia saringan telah dikenal pasti.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini