Sulit
3 tahun
Saya ada ketulan bwh lidah. mcm Glend stone bwh lidah sebelah kiri. somehow, kawasan tu selalu kena infection
Saya kena infection bwh lidah, kira2 dalam setahun akan kena 1 kali. kali ni da masuk kali ke 3.Bila kena, doc klinik kasi saya makan antibiotik zinnat n metrodilazole. seminggu lebih, infection tu hilang. lepas tu dia start keluar nanah bwh liang air liur bwh lidah, sampai hbs, pastu sakit pon hilang dan sembuh… utk makluman semasa kena infection, sy tidak bole mkn. nnti kelenjar air liur kiri mcm bengkak sket bila ada makanan masuk mulut. lps tu dia ok blk. kenapa ya doc? ada kaitan dgn glend stone tu ke?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari pusat rawatan tempoh hari. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan berkesinambungan dan secara langsung bersama doktor yang lebih arif tentang kondisi anda.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- jangkitan yang kronik
- gangguan saluran kelenjar
- atau penyakit lain yang memerlukan rawatan doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.