
Sulit
4 tahun
Saya atlet angkat berat
Assalamualaikum doctor, saya remaja18 tahun… Saya nak tanya apakah resiko bagi seorang perempuan/wanita jika mereka kerap mengangkat benda-benda berat? & adakah bahaya untuk kesihatan dalaman mereka? Mohon penjelasan daripada doctor… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, mengangkat berat mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikannya adalah seperti:
- Membina otot dan membakar lemak
- Mengawal berat badan
- Memberi sokongan otot pada sendi yang mudah mengalami kecederaan atau mengelakkan osteoarthritis
- Meningkatkan fleksibiliti
- Mengurangkan risiko kecederaan akibat senaman
ANda haruslah mengangkat berat mengikut kemampuan dan perlahan-lahan menambah berat yang mampu diangkat. Oleh kerana anda atlet angkat berat, anda mungkin mempunyai pelatih yang membantu anda. Keburukan mengangkat berat biasanya muncul apabila terlalu cepat meningkatkan berat yang diangkat. Contohnya:
- Kecederaan otot atau sendi
- Kecederaan tulang belakang
- Terkoyak arteri jantung, jarang berlaku
- Hernia
- Buasir
- Prolaps rahim- boleh dielakkan dengan membuat senaman yang menguatkan lantai pelvik
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.