
hasanahshahrul1008
2 tahun
Saya batuk sudah lama
Saya perempuan dah berkahwin dan ada seorang anak…saya ingin bertanya kenapa bila tidur malam sy selalu sejuk dan menggeletar dan pada msa yg sma saya batuk berdarah…darah keluar bersama kahak dan ada darah shj yg keluar…setiap kali batuk ada air darah dan kahak berdarah keluar…tp ianya bermula dlm pukul 3 pg hingga 12tgh hari…dan selepas itu darah akan berhenti…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan jangkitan influenza - virus influenza mempunyai pelbagai jenis
- Radang saluran udara - akibat jerebu, jangkitan virus/kuman
- Jangkitan paru-paru - seperti pneumonia atau tibi
- Luka pada tekak - akibat batuk berpanjangan sebelumnya
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
!