
Sulit
4 tahun
Saya belum berkahwin tapi lambat datang period sehingga Lewat Dua bulan sedAngkan Saya tidak pernah melakukan hubungan seka
Saya Wanita 20an Dan belum berkahwin. Masalah yang Saya alami adalah kelewaTan datang haid. Kali terakhir Saya period adalah pada bulan Disember 2020. Saya harap ada penerangan dari pihak doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, saya fahami masalah yang anda hadapi iaitu lewat haid 2 bulan. Untuk makluman anda, masalah lewat haid bukan hanya disebabkan kehamilan sahaja, ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Jika masalah ini mengganggu anda dan berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!