
Sulit
4 tahun
Saya belum brkahwin dan tidak pernah mlakukan hunungan dengan wanita..kepala bawah zakar saya gatal dan ad kesan kulit melepuh di kepala zakar saya..adakah saya dijangkiti sifilis
Saya belum brkahwin dan tidak pernah mlakukan hunungan dengan wanita…kepala bawah zakar saya gatal dan ad kesan kulit melepuh di kepala zakar saya…adakah saya dijangkiti sifilis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada zakar anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan herpes genital
- Alahan kulit - pada produk pencuci atau kain seluar dalam
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.