
Sulit
4 tahun
Saya berumur 18tahun , ketika saya baru nak mula melakukan seks saya rasa amat sakit dan mendapati di kemaluan saya berdarah sehingga 2 hari dan berakhir dengan darah yang sikit berwarna coklat . Dan vagina saya terasa pedih apabila disentuh
Saya berumur 18tahun , ketika saya baru nak mula melakukan seks saya rasa amat sakit dan mendapati di kemaluan saya berdarah sehingga 2 hari dan berakhir dengan darah yang sikit berwarna coklat . Dan vagina saya terasa pedih apabila disentuh .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hubungan seksual.
Untuk makluman anda, sakit ketika bersama atau dikenali sebagai dyspareunia boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Keadaan faraj yang kering berpunca daripada bersalin, menyusu, atau ubatan
- Jangkitan kuman seperti kulat atau jangkitan di saluran kencing
- Trauma di dalam faraj akibat bersalin atau lain lain
- Keradangan faraj
- Sista (cyst)
- Penyakit keradangan rahim (PID)
- Fibroid
Setiap kondisi di atas memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik. Oleh itu sekiranya masalah yang anda alami berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor.
Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan sakit ketika bersama:
- Gunakan pelincir larut air
- Lakukan hubungan seksual ketika anda dan pasangan anda relaks dan santai.
- Berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan anda mengenai kesakitan anda.
- Kosongkan pundi kencing anda sebelum melakukan hubungan seks.
- Mandian suam sebelum melakukan hubungan seks
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.