
Sulit
4 tahun
Saya bimbang akan keputihan saya alami
Saya 23 tahun dan belum berkahwin…saya mengalami masalah keputihan berubah warna,bau… sebelum ni saya ada pakai sabun wanita tapi sekarang dah stop…saya juga ada jumpa doktor diagnos saya as UTI…2 bulan lepas saya ambil antibiotik doxycyline dan baru2 ini nitrofurantoin utk legakan simptom UTI…saya ada lakukan carian internet kemungkinan keputihan saya alami seperti simptom pemyakit STD tapi saya tidak berkahwin lagi…ada kemungkinan kah saya dijangkiti penyakit tersebut?perlu kah saya lakukan rawatan susulan utk penyakit saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Untuk pengetahuan anda, penyakit std boleh dijangkiti tanpa melakukan hubungan kelamin. Jika anda merasakan anda mempunyai simptom std, disarankan untuk anda segera ke hospital atau ke klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih