
Sulit
4 tahun
Saya buat pregnancy test negative
Hi doktor, saya baru ni mengalami mual-mual dan berat badan naik mendadak. Saya cuba google, ada yang kata ia kemungkinan pregnant. Tapi buat pregancy test, negative. Macam mana doktor? Dan akhir-akhir ini, bahagian bawah perut, rasa seperti ditarik-tarik. Ada sakit yang serius ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi negatif, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan sama ada gejala yang dialami oleh anda adalah serius ataupun tidak memandangkan lebih banyak maklumat diperlukan dan pemeriksaan perlu dilakukan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.