
Anonymous
5 tahun
Saya dah tak datang period lewat 5 hari
Assalamualaikum saya nurul syafiqah dan berumur 23 tahun . Bulan ni saya tak datang period langsung sudah lewat 5 hari.saya risau sebab period saya sebelum ni teratur tiap3 bulan dtg period dan tarikh sama je tapi bulan ni langsung tak datang saya mula risau sangat3 sebab saya sakit belakang dan sakit pd kemaluan skit .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk sakit pada kemaluan dan belakang, maklumat dan konsultasi lanjut diperlukan bagi mengenalpasti punca masalah ini sama ada berkaitan antara satu sama lain atau tidak.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.