
Sulit
4 tahun
Saya demam selesema, sakit kepala
Doctor boleh ke sy nak beli ubat antibiotik? Sy tak sihat ni… be4 this pernah demam p klinik doc bg ubt mmg ok la… jd skrg ni sy xnk pegi klinik sbb sy tahu doctor akan bg ubat yg sama… sy ingt nk beli ajer ubt tu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kebimbangan pihak anda yang mengalami demam.
Untuk maklumat anda, demam berlaku apabila suhu badan melebihi 37.5 darjah selsius apabila diperiksa melalui mulut, ketiak atau dubur. Demam merupakan tindakbalas badan ke atas sesuatu kondisi yang sedang dialami oleh badan. Ia boleh disebabkan jangkitan virus, bakteria, keradangan tonsil, kekurangan rehat dan lain lain.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Setiap penyakit yang menyebabkan demam memerlukan rawatan dan pendekatan yang berbeza. Antibiotik yang dikatakan oleh anda HANYA DIGUNAKAN UNTUK JANGKITAN BAKTERIA yang menyebabkan demam. Antibiotik tidak boleh diambil sewenang wenangnya oleh pesakit bagi mengelakkan berlakunya rintangan antibiotik atau bacterial resistance. Antibiotik mestilah mendapat preskripsi daripada Doktor selepas menjalani pemeriksaan fizikal atau darah.
Jangan biarkan demam anda berlarutan ! Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Saya menyarankan anda untuk tidak mengambil antibiotik secara sendiri, dan seeloknya anda berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut tentang demam anda.
Anda juga boleh berhubung dengan kami di link (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi secara peribadi dengan pakar. Terima Kasih.