
nisaadlina
5 tahun
Saya dulu ada darah tinggi
Doktor, saya dulu ada darah tinggi, tapi saya malas nak ambil ubat dan chek selalu kat hospital. Leceh sebab duduk jauh. Sekarang saya ada rasa pening-pening sikit. Agaknya naik balik ke darah saya ye?

5 tahun
Hai, terima kasih kerana mengemukakan soalan anda. Darah tinggi merupakan masalah yang serius. Anda mungkin tidak risau pada peringkat awal kerana ia tidak menyebabkan tanda-tanda yang ketara. Namun, masalah tekanan darah tidak terkawal yang berlanjutan akan menyebabkan kerosakan organ-organ seperti jantung, buah pinggang, mata, saluran darah dan otak. Komplikasi yang boleh berlaku akibat tekanan darah tinggi termasuk penyakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang, pendarahan dalam mata dan serangan angin ahmar.
Darah tinggi tidak akan sembuh dan hanya boleh dikawal. Anda harus mengamalkan gaya hidup yang sihat dan/atau mengambil ubat darah tinggi untuk sepanjang hayat. Gaya hidup yang sihat merangkumi pemakanan yang sihat, senaman secara berkala, pengekalan berat badan yang ideal, tidak merokok, tangani stres dan dapatkan tidur yang cukup.
Amalan gaya hidup yang sihat dapat mengawal tekanan darah, meningkatkan kesan ubat darah tinggi dan mengurangkan risiko komplikasi darah tinggi. Anda hanya perlu mengambil ubat apabila tekanan darah tidak dapat dikawal dengan amalan cara hidup yang sihat.
Ubat darah tinggi perlu diambil secara berterusan untuk memastikan ia berkesan dalam menstabilkan tekanan darah anda. Jika ubat darah tinggi dihentikan, tekanan darah tinggi berkemungkinan meningkat dengan cepat dan sukar dikawal. Komplikasi darah tinggi juga boleh berlaku atau bertambah serius. Oleh itu, anda harus mengikuti nasihat doktor untuk memastikan tekanan darah anda terkawal dan tidak menybabkan masalah yang lebih serius.
Pesakit darah tinggi biasanya tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi, kadang-kadang anda boleh mengalami simptom seperti pening kepala. Anda harus memeriksa tekanan darah anda untuk mengetahui sama ada pening itu disebabkan oleh darah tinggi.
Ia mungkin juga disebabkan oleh masalah lain seperti gangguan telinga dalam, kencing manis, panik, peluh berlebihan, atau anemia. Pemeriksaan yang lebih lanjut diperlukan untuk mengenal pasti penyebab pening kepala.
Please click on this link (DoctorOnCall) to talk to us privately online and discuss further about your inquiries. Thank you.