
Anonymous
6 tahun
Saya hilang selera, family kata makin kurus
Hi doktor , Saya berusia 20 tahun . Since Februari sampai sekarang , I lost my appetite , makan sikit tp cepat kenyang and sometimes sy akan rasa nak muntah setiap kali selepas makan(tapi x muntah pun sbb sy tahan and ignore rasa nk muntah) tp not always rasa nak muntah . Is it normal ? But kwn2/family semua cakap sy makin kurus and my aunt ada mintak sy ke klinik untuk checkup tapi sy refuse .

6 tahun
Salam sejahtera.
Kehilangan selera makan boleh disebabkan oleh pelbagai jenis punca termasuk tekanana emosi dan kemurungan. Rasa loya dan ingin muntah pula sering disebabkan oleh masalah sistem penghadaman atau masalah mental.
Rasa muntah selepas makan boleh disebabkan oleh pelbagai punca termasuk ketumbuhan di dalam perut, GERD (injap esofagus yang tidak berfungsi dengan baik), ulser di dalam perut dan sebagainya. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kekurangan berat badan termasuk:
• Penyakit lemah jantung
• Penyakit paru-paru seperti asma
• Penyakit autoimun seperti SLE dan rheumatoid arthritis
• Jangkitan kronik seperti TB dan HIV
• Jangkitan parasit di dalam usus
• Kencing manis
• Hipertiroid atau hormon tiroid berlebihan di dalam badan
• Barah
• Penyakit psikiatrik seperti anorexia nervosa dan kemurungan
Berat badan yang berkurangan lebih daripada 5% dari berat badan asal anda dalam masa 6 bulan tanpa apa-apa sebab yang munasabah merupakan kondisi agak serius.
Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga anda adalah sangat risau tentang kondisi anda. Anda sekarang berkemungkinan besar adalah tidak sihat dan anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin.