
Sulit
4 tahun
Saya ingin bertanya soal perancang pil yasmin
Saya wanita berusia 27 tahun…sebelum ni saya rancang sendiri…skrg sy nak merancang menggunakan pil yasmin…tetapi saya tidak pernah period selepas bersalin…boleh tak saya nak mula kan pil yasmin tanpa menunggu period…jika tidak pil apa ksh yg sesuai untk sy?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang progesterone sahaja lazimnya diberikan kepada golongan ibu yang sedang menyusukan anak. Yasmin pula merupakan pil perancang yang mengandungi gabungan hormon oestrogen dan progestin boleh didadapati secara mudah di farmasi, tetapi boleh mengurangkan penghasilan susu badan. Sebagai info tambahan, ibu yang menyusu anak secara eksklusif akan mempunyai kesan kontraseptif secara semula jadi terumatanya sehingga bayi anda 6 bulan kerana anda tidak akan ada ovulasi buat masa ini.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.