
Sulit
3 tahun
Saya ingin tahu tentang penerangan penyakit vericocele…adakah penyakit ini serius?
Adakah penyakit vericocele di testis boleh sembuh dengan sendiri???adakah orang yang menghidap vericocele tidak akan dapat anak??dan adakah normal apabila testis besar sebelah iaitu belah kanan lebih besar drpd yang belah kiri…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, varicocele terjadi sebab otot sfinkter pada urat lemah dan terkumpulan darah dalam urat sekeliling testis. Kesannya berkaitan dengan tahap penyakit ini, biasanya ia tidak akan sembuh diri dan rawatannya berdasar pada tahap penyakit tersebut.
Selain itu, sekiranya testis besar sebelah, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Hidrokel
- Spermatokel
- Sista testis
- Angin pasang
- Ketumbuhan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.