Sulit
2 tahun
Saya kelewatan period tetapi tiada sebarang alahan
saya wanita 35tahun saya sudah berkhawin hampir 6bulan. bulan lepas saya lambat period sebab saya baru sembuh dri covid. dan mungkin lewat period kerana ubat. tapi bulan ni saya lewat 3hari perlu ke saya cek kehamilan? kerana keesokkannya saya perlu divaksin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid lewat. Anda ingin mengetahui jika anda harus mengambil ujian kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Kehamilan
- Gangguan tekanan
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- PCOS
Untuk mengambil ujian UPT, anda perlu menunggu kira-kira 10 hari daripada tarikh haid terlepas. Jika tidak, ia boleh menunjukkan keputusan yang tidak tepat. Anda tidak perlu risau mengenai vaksin kerana ia adalah selamat diambil sama ada anda hamil ataupun tidak. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.