
Sulit
4 tahun
Saya keliru sama ada period atau gugur
Hai doktor.saya perempuan umur 23 tahun.period saya lewat 7 hari.dalam tujuh hari saya ada buat upt dan result nya negatif.hari ketiga ada spotting coklat keluar dan tak banyak.hari ketujuh darah keluar banyak dan perut sakit macam senggugut.darah tidak berketul tapi seperti tisu nipis.tak banyak dan ada yang panjang macam jari telunjuk.tiada bau seperti darah period.adakah normal??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid.
Untuk makluman anda, haid yang lewat bukan sahaja tanda kehamilan, ia juga boleh berpunca daripda penyakit lain. Untuk haid tidak teratur sebegini, antara puncanya adalah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda boleh lakukan ujian kehamilan setelah dua minggu tidak datang haid. Sekiranya anda tidak yakin pendarahan yang sedang anda alami adalah haid, sila berjumpa doktor di klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan susulan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.