Sulit
4 tahun
Saya keliru samada saya mengandung atau tidak. Saya cek upt awalnya positif. Kemudian jadi negatif. Saya dah sebulan lebih tak period
Saya berusia 24 tahun dah dah berkahwin 5 bulan. Sebelum ni saya ada masalah period tak teratur. Tp sejak kahwin, period saya dah ok. Tiap bulan dtg.
Cuma bulan 11 lepas, saya tak pasti bahawa itu adalah period atau tidak. Sebabnya pada 14hb nov, ada keluar darah lemah. Kemudian pd 15hb pula darah keluar wktu pagi sahaja. Tengahari dah tiada. Dari 15hb hingga 8 dec, setiap hari ada tanda coklat di panties.
8hb dec saya buat upt, positif. Kemudian sy buat upt lagi pd 9/10/13 dec masih positif lg. Tetapi bila saya buat lg upt pada 14/15/16 hb tiba2 jadi negatif.
Saya keliru. Adakah saya mengandung?
Sehingga hari ini saya masih belum datang period lagi.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ujian kehamilan negatif seperti:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Untuk mendapatkan kesimpulan atau diagnosis yang lebih tepat, anda boleh melakukan ujian darah untuk mengesan hormon kehamilan. Ujian ini akan memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.





























