
Sulit
4 tahun
Saya kerap keluar darah
Hi Dr. Saya wanita berumur 21 tahun. Saya mempunyai satu masalah dimana saya kerap kali keluar darah. Contoh, saya period selama 10 hari. Kemudian selang 5 hari, darah saya keluar lagi selama 7 hari. So tempoh saya tak keluar darah tu singkat. Perkara ni dh lama terjadi cuma bila saya pergi klinik, doktor cakap perkara ni normal. Adakah ianya normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-40 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Secara purata, kebanyakan wanita pernah mengalami haid lewat sekurang-kurangnya satu kali dalam hidup mereka. Ia boleh berlaku atas faktor kenaikan dan penurunan kadar hormon dalam badan wanita. Masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- Ketidakseimbangan hormon -dipengaruhi pelbagai faktor seperti stress
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami:
- pening
- rasa penat yang terlampau
- kekurangan tenaga -sehingga mengganggu aktiviti harian
- degupan jantung yang laju
- pernafasan yang lebih cepat
- kepucatan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!