Sulit
5 tahun
Saya kerap mengelupas di celah peha
Saya alami sakit mengelupas di celah peha … Kdg² pedih bila kne air , dan warna kulit sy tidak sekata di celah peha jd wrna hitam bertompok … Apakah cadang doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kulit menggelupas pada punggung seorang wanita boleh timbul akibat pelbagai perkara seperti:
geseran pada seluar dalam yang ketat atau antara kulit ke kulit akibat berat badan berlebihan
Kelainan kulit seperti eczema , rambut yang tumbuh masuk kedalam daging
Penyakit jangkitan kulit seperti kandidiasis
Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis dan HPV
Dermatitis akibat kontak dengan bahan baju ataupun sabun
Keradangan pada penyakit autoimun seperti Behcet
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Merujuk kepada banyaknya hal yang boleh menyebabkan tergelupas di bahagian celah peha, jelas sukar bagi mendiagnosis penyakit sebenar melalui laman pertanyaan sahaja. Menyapu krim tidak akan menyembuhkan penyakit diatas terutamanya jika penyebab adalah jangkitan. Adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor agar dapat diperiksa dan diberikan ubat yang bersesuaian sebelum luka gelupas ini betambah parah dan menimbulkan kesakitan serta masalah lain.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































