
Sulit
3 tahun
Saya lambat datang haid selama 15 hari
saya wanita berusia 25 tahun, pada 22/06 saya telah malukan hubungan seks bersama teman lelaki saya, setelah 17 hari saya telah datang haid pada tarikh 09/07 selama 4 hari, sehari sebelum saya datang haid saya telah divaksin kan.
tapi pada bulan ini (bulan 8) saya belum lagi datang haid dan saya telah lambat 15hari.
soalan saya; kemungkinan atau tidak saya hamil, atau saya lambat datang bulan disebabkan vaksin?
terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, perubahan period adalah kesan sampingan kurang umum selepas vaksin Covid. Selain daripada kesan sampingan vaksin, ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti stress, gaya hidup kurang atur, peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketarakesan, penggunaan pil perancang, penyakit puan dan lain.
Selain itu, kemungkinan anda hamil adalah rendah sebab pada bulan lalu, 09/07 anda telah datang haid.
Berkenaan gejala haid lewat anda, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.