
Sulit
4 tahun
Saya lelaki 18 tahun.saya mempunyai satu masalah yg sangat menganggu hidup saya iaitu mual
Sudah seminggu saya berasa mual dan hendak muntah… Tapi bila saya muntah tak keluar apa-apa… Dada saya terasa sangat sakit… Apa yg perlu saya lakukan dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami anda mengalami simptom mual dan ini membimbangkan anda. Untuk makluman anda, rasa mual boleh disebabkan oleh banyak perkara. Oleh kerana maklumat yang anda berikan adalah terlalu ringkas dan kurang jelas, saya akan berikan beberapa punca am yang boleh membawa simptom mual:
- Mabuk pergerakan-ini boleh berlaku ketika anda dalam kereta, keretapi, kapal terbang, bot dan sebagainya.
- Kesan sampingan beberapa jenis ubat-Ini termasuk ubat kemoterapi
- Rasa terlalu sakit sehingga mual
- Kehamilan
- Tekanan emosi
- Masalah hempedu
- Keracunan makanan
- Ulser perut
- Terlebih makan melebihi kemampuan
- Reaksi kepada sesetengah bau seperti bau busuk sampah
- Serangan jantung
- Konkusi atau kecederaan otak
- Ketumbuhan otak
- Kanser
- Bulimia atau masalah psikologi yang lain
- Gastroparesis
- Pengambilan toksin atau alkohol secara berlebihan
- Usus tersumbat
- Radang appendiks
Rasa mual mengganggu aktiviti harian anda? Dapatkanlah kelegaan segera.
Melihat punca-punca di atas, maklumat tambahan tentang sejarah kesihatan anda perlu diketahui untuk mengenal pasti punca anda berasa mual. Ini boleh menjadi perkara yang membimbangkan ataupun yang akan baik dengan sendirinya. Oleh itu, sekiranya anda mengalami mual berterusan untuk beberapa hari, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik untuk penilaian lebih lanjut. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah mual anda.