arihyoshinorash4
5 tahun
Saya lelaki umur 26th.. melecit ketika zakar mngeras dan hubungan seks. Kulit zakar macam mudah koyak. Sangat pedih dan saya tidak tahu apa ubatan sapuan yang sesuai untuk sembuhkan luka jni
Saya lelaki umur 26th… melecit ketika zakar mngeras dan hubungan seks. Kulit zakar macam mudah koyak. Sangat pedih dan saya tidak tahu apa ubatan sapuan yang sesuai untuk sembuhkan luka jni.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, zakar melecet ini disebabkan oleh geseran yang berpanjangan. Masalah iniboleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma kepada zakar
- Jangkitan yang menyebabkan zakar melecet
- Ulser pada kemaluan
- Pemakaian yang terlalu ketat
Anda digalakkan agar mengelakkan perbuatan yang menyebabkan zakar anda melecet. Pengunaan pelincir (lubricant) ketika melakukan hubungan seks amatlah digalakkan. Bagi kepastian lanjut dan rawatan susulan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































