
Sulit
5 tahun
Saya lelaki yg pernah diberi blowjob oleh seorang lelaki adalah saya boleh dapat hiv
Saya lelaki yg pernah diberi blowjob oleh seorang lelaki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya pemberi seks oral tersebit mempunyai HIV dan mempunyai luka dalam mulutnya ketika memberi anda seks oral, anda berpotensi untuk mendapat HIV. Walaupun HIV lebih mudah dijangkiti melalui hubungna kelamin dan seks melalui dubur, seks oral juga membawa kemungkinan untuk penyebaran HIV.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.