Sulit
4 tahun
Saya lewat period 2 bulan lebih
Hai Saya Aishah…saya nak tanya … saya dah dekat 2 bulan lebih tak datang period … badan jadi lemau … saya check tak mengandung … macam mana nak buat ya …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lewat haid lebih kurang 2 bulan. Untuk makluman anda, masalah lewat haid bukan hanya disebabkan kehamilan sahaja, ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan kepada masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor semula sekiranya gejala loya anda berlarutan atau ditambah dengan gejala lain seperti sakit pinggang, sakit pada payudara atau kerap kencing.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























