
Sulit
3 tahun
Saya mengalami bintik merah seperti ulser di vagina
Saya perempuan 23thn . Dr , saya kerap jga mngalami bintik merah mcm ulser di vagina . Saya pernah buat blood test & sya ada herpes . Tolong saya dr , saya rasa mcm down sgt kdg2 saya fikir saya patut bersendirian atau lebih fkir pd soal mati … Adakah saya layak berkahwin dr ? Boleh ke saya mengandung ? Saya tahun depan nak dirikan rumah tangga dr . Bgaimana saya hendak kurangkan kejadian ni berlaku lagi ? Setahu saya bnd ni tak ada penawar & ia kekal dlm badan . Saya mmg perlukan nasihat dari dr , saya mmg tak kuat fikir pasal ni dan saya selalu stress .

3 tahun
Salm sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami memahami keresahan anda berkenaan dengan gejala bintik merah seperti ulser di vagina. Serta kekhuatiran anda berhubungkait dengan ujian darah yang memberikan hasil positif herpes tempoh hari. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda Herpes merupakan jangkitan yang boleh dicegah dari menyebar ke individu yang lain serta mengurangkan risiko jangkitan ulangan dan komplikasi jangkitan, dengan mendapatkan rawatan dari hospital. Lazimnya terdapat risiko transmisi jangkitan herpes dari ibu ke anak bayi ketika proses kelahiran, sekiranya Herpes tidak dirawat.
Namun begitu, gejala bintik merah, ulser atau luka pada faraj juga boleh disebabkan oleh gangguan serius yang lain seterusnya memerlukan bantuan doktor, seperti:
- sifilis
- kankroid
- trauma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.