
udamn6677
5 tahun
Saya mengalami buasir dalam tahap 2 dan 3
saya lelaki umur 26, sudah beberapa minggu saya rasa saya mngalami buasir dalam tahap 2 dan 3 . saya banyakkan minum air dan melakukan senaman ( kegel exercise) setiap hari… adakah perkara itu membantu merawat buasir?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, buasir boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pemakanan serat rendah dan najis berkaliber yang lebih kecil menyebabkan seseorang mengalami ketegangan ketika mengalami membuang najis, meningkatkan tekanan di dalam pembuluh darah.
- Pengambilan cecair yang tidak cukup
- Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
- Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
- Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
- Obesiti
- Cirit-birit yang akut atau kronik
- Kanser kolon
- Pembedahan rektum sebelum ini
- Kecederaan tulang belakang
- Batuk dan bersin yang teruk
Merujuk kepada senama Kegel, adalah penting untuk diketahui bahawa senaman Kegel biasanya amat bermanfaat apabila seseorang:
- Mempunyai masalah kencing tak lawas
- Mempunyai masalah mengkontrol air kencing
Justeru, bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.