
Sulit
4 tahun
Saya mengalami gastrik yang teruk
Saya seorang wanita berumur 22 tahun, saya mengalami sakit gastrik yang melampau sehingga saya tidak dapat tidur dengan lena. Saya sudah mengambil ubat gastrik yang diberi oleh doktor namun sudah 3 hari sakit perut masih tidak reda. Baru-baru ini saya juga perasan bahawa suhu badan saya terasa panas. Apakah saya perlu lakukan doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain gasrtritis, masalah sakit perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Radang pankreas atau pancreatitis.
Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Manakala masalah anda rasa suhu badan anda panas adalah sangat subjektif kerana ianya boleh berbeza mengikut individu. Bacaan suhu badan menggunakan alat seperti thermometer adalah diperlukan untuk memastikan sama ada suhu badan anda normal atau tidak.
Saya tidak pasti ubat apa yang diberikan kepada anda. Sekiranya ubat tersebut makan hanya bila perlu dan bertujuan untuk mengurangkan gejala anda dan ianya tidak berkesan berkemungkinan ubat tersebut tidak sesuai atau bukan untuk masalah yang anda hadapi. Namun, sekiranya ubat tersebut diberikan untuk dimakan setiap hari sehingga habis, berkemungkinan ia mengambil sedikit masa sebelum ianya berkesan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.