
Sulit
4 tahun
Saya mengalami Hipotiroid
saya diana, berumur 22 tahun. sya ada penyakit hipotiroid, jadi boleh kah saya pregnant ? atau susah nak pregnant ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Wanita yang menghidap penyakit hipotiroid boleh mengandung. Walau bagaimanapun, penyakit hipotiroid boleh menghalang ovulasi (pelepasan telur dari ovari) dan mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur. Dengan ovulasi yang tidak dapat dijangkakan, pesakit hipotiroid berpotensi mengalami kesusahan untuk menjadi hamil.
Masa terbaik untuk hamil adalah apabila hormon tiroid berada pada tahap yang optimum. Maksudnya, hipotiroid anda harus dikawal dengan baik terlebih dahulu sebelum hamil.
Risiko yang dihadapi wanita hamil yang mempunyai hiptotiroid tidak terkawal termasuk keguguran, kematian janin serta risiko bagi penyakit-penyakit seperti kegagalan jantung, preeklampsia dan “thyroid storm”. Risiko kepada janin pula ialah hipoiroid janin, masalah pertumbuhan di dalam rahim, kelahiran tidak cukup bulan atau kecacatan.
Oleh itu, pesakit hipertiroid patut menerima kaunseling pra-kehamilan bagi menentukan rawatan terbaik untuk mengawal tahap tiroid, menerima maklumat mengenai kesan hipotiroid kepada anak dan untuk belajar tentang risiko-risiko ketika hamil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.