Sulit
3 tahun
Saya mengalami masalah kesihatan iaitu mempunya ketulan dibahagian payudara yang bersaiz lebih kurang 2cm mungkin tahun lepas tidak merasakan apa-apa tapi tahun ini rasa sakit sewaktu tidur. Apakah ketulan itu?Bahyakah ketulan itu doktor?
Hai, saya nak tanya saya berumur 21tahun , tahun lepas saya perasan ada satu ketulan dibawah payudara saya and hanya sebelah sahaja yang ada ketulan tersebut. saya membuat.Tapi, saya tidak merasakan apa pun petanda sakit cuma ketulan tu dia macam bola yg bersaiz 2cm mungkin dan tiba-tiba tahun ni saya dapat rasa tiap kali hendak tidur rasa sakit sedikit. Ketulan apakah itu ?Adakah ketulan itu berbahaya?Adakah saya patut buang ketulan itu melalui operation?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.