
Sulit
3 tahun
Saya mengalami masalah kulit muka kering mengelupas seperti kulit yang tebal bila selepas mandi dan cuci muka,sama jugak dgn kepala..kulit kepala akan kering,sepertj kelumumur,buat saya tidak selesa..apa tips untuk saya mengatasi masalah tersebut
Saya mengalami masalah kulit muka kering mengelupas seperti kulit yang tebal bila selepas mandi dan cuci muka,sama jugak dgn kepala…kulit kepala akan kering,sepertj kelumumur,buat saya tidak selesa…apa tips untuk saya mengatasi masalah tersebut…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami masalah kulit kering dan mengelupas pada muka dan juga kepala. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara seperti:
- Faktor cuaca panas
- Kurang minum air
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Namun, ia juga boleh menandakan penyakit yang serius seperti:
- Ekzema
- Psoriasis
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.