
Sulit
5 tahun
Saya mengalami masalah zakar bengkok semasa normal dan semasa mengeras tidak sama dengan lelaki-lelaki lain yang mempunyai zakar yang normal
Saya berusia 19 tahun. Masalah zakar bengkok ini sudah lama. Saya takut masalah ini akan berterusan sehingga saya kawin. Boleh dr jelaskan mengapa masalah ini terjadi dan apakah langkah yang patut saya lakukan untuk menjadikan zakar saya normal seperti lelaki lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar bengkok ini boleh disebabkan:
- Zakar bengkok atau penyakit Peyronie/Peyronie’s disease adalah lengkungan zakar yang tidak normal yang disebabkan oleh tisu parut (fibrous scar tissues) dalam tisu ereksi.
- Ia adalah keadaan di mana zakar apabila tegaang atau mula mengeras, ia akan mula melengkung secara tidak normal.
- Oleh kerana tisu parut menghalang zakar untuk mengembang secara keseluruhan, lengkungan itu akan menjadi paling jelas semasa ereksi. Ia adalah salah satu punca yang jarang berlaku untuk disfungsi ereksi - keadaan di mana seorang lelaki mengalami kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi.
- Lengkungan ini juga boleh menjadi sangat teruk sehingga mengganggu hubungan seksual.
- Penyakit Peyronie biasanya terjadi dalam kalangan lelaki berusia 50 tahun ke atas.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.