
Sulit
4 tahun
Saya mengalami perut yang tegang dan sakit bila tekan diseluruh perut, kadang kadang terasa tidak selesa ketika baring ,
Saya wanita dalam 18 taun , saya mengalami masalah yang sama pada bulan lepas seperti gastrik dan angin yang berlebihan didalam perut , apabila bila tekan diprut terus rasa nak buang air besar , dan bila malam sakit tu datang , time puasa ni pulak lepas berbuka walaupun makan sikit perut akan rasa tegang dan senak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan yang disampaikan boleh dikaitkan dengan tanda-tanda gangguan perut yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- Kesan sampingan dari sesetengah ubat-ubatan
Walau bagaimanapun, ia juga boleh menandakan kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- mahupun gangguan pencernaan yang lain
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).