
Sulit
3 tahun
Saya mengalami Tonsil dan bimbang dijangkiti covid19 kerana 2 hari lepas saya membantu rakan yg sedang dikuarantin kerana positif dijangkiti covid19 utk membelikan barang
(Updated)Saya mengalami tonsil sejak semalam 22 may, sya pernah mengalami tonsil sblm ini kerana kurang air. Kebetulan sya tlh berpuasa selama 6 ari dan tdk bersahur 4 hari kemungkinan disebabkn hidrasi, tetapi saya risau saya dijangkiti covid19. Pada 21 may 2021 rakan saya di kuarantin kerana bapanya positif covid 19 dan meminta saya utk mmbeli kn brg. Sampai saja sya di sana dia memberitahu saya dia juga positif. Dia tdk memakai mask dan Jarak antara dia dan saya dlm 5 ke 6 meter. Dan tdk lbh 15 minit…saya memakai mask dan membawa spray gun sanitizer smbil meletak brg di luar gate nya…adakah sya berisiko dijagkitit? Oh, dan sblm ini saya tdk ada berjumpa dgn nya lbh dr sebulan…

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapatkan ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh gklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Masalah tonsil bengkak ini mempunyai beberapa sebab seperti jangkitan kuman (virus/bakteria) atau alahan. Anda perlu membuat pemeriksaan dengan doktor di klinik berdekatan bagi mendapatkan ubat baharu atau siasatan diagnosis lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini