
Hannah
6 tahun
Saya menggunakan pil perancang keluarga dan ada masalah tidak datang bulan
Saya ada masalah tidak datang bulan.saya sudah ada 2 orang anak.saya ada menggunakan pil perancang keluarga.sudah 9 bulan saya tidak datang haid.saya sudah check menggunakan pergencay test tapi jawapannya negatif.saya juga merasakan perut saya kembung.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami masalah tiada haid atau amenorrhoea. Tiada haid didefinasikan sebagai haid yang tidak datang untuk jangka masa melebihi 6 bulan. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan ketiadaan haid termasuk:
• Mengandung
• Penyusuan ibu
• Menopos
• Sindrom polisistik ovari atau PCOS
• Senaman yang melampau (biasanya dalam kalangan ahli sukan)
• Kurang berat badan yang teruk (BMI kurang daripada 18)
• Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism
• Tekanan emosi atau kemurungan
• Kesan sampingan pengambilan pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Pengambilan ubat lain yang boleh menyebabkan gangguan hormon di dalam badan seperti ubat sawan, ubat psikiatrik, ubatan kemoterapi dan ubatan tradisional
Pil perancang keluarga boleh menyebabkan masalah kitaran haid. Hal ini berlaku kerana badan anda mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan paras hormon yang baru di dalam badan anda selepas anda berhenti mengambil pil perancang keluarga. Namun demikian, haid anda biasanya akan kembali kepada normal dalam masa 3 hingga 6 bulan selepas pil perancang keluarga terakhir. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan ujian yang sewajarnya bagi mengenalpasti punca masalah anda.