Sulit
3 tahun
Saya menghadapi gatal gatal di bahagian kemaluan boleh doctor tolong saya
Saya wanita berumur 58 tahun menghadapai masalh gatal amat sangat di bahagian kemaluan perlukah saya mendapat kan ubat gatal atau bagaimana
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kemaluan
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan rawatan yang sesuai untuk anda. Kami sarankan anda untuk merujuk masalah anda kepada doktor terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.