
Sulit
5 tahun
Saya menghidap HIV dan telah fisahkan 8 bulan yg lalu rawatan say tertangguhbdisebabkan melanjutkan pelajaran ke luar negara
Saya telah disahkan positive HIV 8 bulan yang lalu tapi masih belum mengambil sebarang ubat mahupun Haart, disebabkan masalah melanjutkan pelajaran ke luar negara, sekarang saya sudah berada di malaysia tidak dpt meneruskan rawatan kerana klinik berdaftar nama saya jauh dari rumah saya disebabkan PKP saya tidak dpt ke klinik tersebut, adakah bahaya untuk saya dalam proses menunggu pkp tamat ? Saya bimbang kerana saya tidak tahu CD4 saya, apa perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh mencari klinik atau hospital yang lebih dekat dengan rumah anda. Ini untuk memastikan anda dapat membuat ujian darah dan mulakan rawatan secepat yang mungkin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.