
Sulit
3 tahun
Saya menghidap Retroviral disease
Hi dr dan selamat sejahtera, saya A. Saya disahkan menghidap dan berstatus PLHIV dan baru memulakan rawatan Haart minggu lepas, ini masuk minggu kedua saya consume haart. Masalah yang dihadapi saya adalah, selepas saya consume haart, saya dapati kulit saya menjadi lebih gelap berbanding sebelum ni, dan naik jerawat, ia memberi tekana emosi kepada saya kerana saya ini adalah seorang yang jaga akan kulit dan pernampilan saya. Harap dr ada jawapan nya. Apa perlu saya buat. Adakah itu side effect haart? Adakah kesan dia berpanjangan atau sementara? Adakah saya boleh mengambil apa2 suplement mencerah kulit sbg ESW? Adakahh pamtamg larang yg perlu saya patuhi? Thank you

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Anda disarankan untuk mengambil ubatan HAART mengikut saranan doktor kerana ianya akan memberikan komplikasi teruk jikalau tidak.
Dalam beberapa kajian,adalah benar selapas badan memberikan tindak balas imun,kulit boleh terlibat dan memberikan reaksi.
Walau bagaimanapun hanya seseorang doktor pakar kulit dapat memberikan diagnosis yang sebenar dan rawatan yang sesuai baginya.
Anda disarankan tidak menggunakan mana-mana ubat tanpa nasihat doktor.
Anda boleh bercakap dengan pakar kami melalui konsultasi atas talian .
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!