Sulit
3 tahun
Saya mudah penat dan mudah pening. juga seringkali rasa dada sempit dan sukar bernafas
hi doktor, saya berumur 16 thn. saya slalu mengalami masalah terlalu cepat penat dan mudah pening. kadang-kadang ada masa saya terasa dada saya sempit dan sukar bernafas. saya sudah merujuk ke doktor tetapi dia mengatakan itu tiada apa-apa. masalah mudah penat sy ni, sampaikan sy nak ambil barang di sebelah meja pun terasa macam dh berlari 10 round. tambahan, dulu sy pernah ada sejarah penyakit pneumonia. saya amat rungsing dgn masalah sy ni, dan harap doktor boleh bantu.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Saya mendapati pihak anda mengalami masalah sakit dada, degupan jantung laju dan juga sesak nafas. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Serangan panik
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Keradangan tulang rusuk
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat dikenalpasti.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.